Wednesday, May 4, 2011

All about Interview!

Lepasan spm macam aku ni biasenya akan menduduki temuduga, tak kira la kat maktab, universiti atau tempat kerja..biasanya kita akan dinilai dengan temuduga sebelum di ambil untuk menyambung belajar atau berkerja. 1st pengalaman ak interview mase aku mula nk kerja dulu jdi part-time promoter,tpi bukan la interview yg serius sngat..haha xpenting.. 2nd interview ak mase di maktab perguruan..

Sebagai manusia biase memang dh jadi lumrah hiduplakan kalau kite nervous. Ak nak nasihatkan korang wat la preparation dengan serius, jgn jdi mcm ak, hampeh..untuk menduduki interview di maktab mmg perlukan persediaan yg rapi.. lengkapkan diri dengan isu-isu semasa, yg penting isu mengenai sekolah la.. persedian diri pula bagi perempuan pakai baju kurung and kasut yg bertutup, bgi lelaki baju kemeja lengan panjang, seluar slack and kasut(bukan kasut jaln2) =berpakaian formal la senang cite..^_^

Pastikan semua sijil2 dah siap dalam fail & salinan sijil2 tuh mesti dah di cop oleh pengetua atau pegawai kerajaan atasan.. Semasa ujian INSAK jwab semua soalan dlm 30minit, xpayah pikir banyak2 bulat jek yg korang rse betul sbb ni nk menilai kejujuran.. Masa interview berkumpulan korang akan di bahagikan dlm group and bincangkan isu yang di beri..mase nie la korang jawab jek ape2 yang penting banyak idea yg korang bagi..(mcm ak ni blur terus *menyesal) .. mase individual interview pulak bila dipnggil msuk ketuk pintu n beri salam, ddk bila dia suruh ddk..
yg penting senyum, dia akan suruh perkenalkan diri, kat cnie maybe speaking english.. so ckp la psal diri korang n family..ckp jek bnyak2 biar dia penat dengar nnti xbnyak tanye soalan..haha
jawab dengan tenang n pandang tepat kat mate dia.. bila dan selesai tuh ucap terima kasih..:)
Good Luck!

No comments: