Monday, February 17, 2014

Persiapan Oh Persiapan

Asslammualaikum kawan2, para pembaca yang ku hormati sekalian. Alhamdulillah kerana pada hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Okay cukup mukadimah kali ni, Dek Non nak bercerita mengenai persiapan mengharungi kehidupan bahagia dimasa hadapan. Heppppp~ fikiran tak payah jauh2 okay, Dek Non nak pergi belajar je pon! Haha.

Okay-okay nak start cerita la ni... Bangun pagi tadi seawal yang mungkin untuk bersiap pergi ke Klinik, nak buat Medical Checkup. Tempat pertama yang dituju ialah rumah Bustop (Atikah), Why Bustop? Cikgu Prabaga yang bagi.. (Dari zaman2 sekola dulu lekat uolss smpai sekarang) Hehe. Next, kiteorang gerak pergi Klinik Nur, Jalan Rugayah, Batu Pahat. Masuk2 klinik jek aku dengan member dah tercengang!! Sebab ape? Sebab ramai patient nokksss. Tanpa fikir panjang, terus je duduk kat kaunter pertanyaan untuk register semua tu.. Masa daftar sempat tanya, "Sis, kalau nak check jenis darah apa sekali boleh?" Dengan senyuman manis sis tu jawab la "Bolej je, tapi kene tambah RM15, boleh?". Dengan laju je jawab "Okay!" Hehe. Mane taknya dah 21 tahun hidup aku still tak tahu aku ni jenis darah apa. Ngeee~

First thing kena buat ialah X-ray. Ni hamba malu sikit nak cerita. >,< Lemah betul bab2 kena X-ray ni. Kenapa? Sebab juru X-ray dia LELAKI. Malu dan kurang selesa disitu. Hurm.. Hentam saja la labu. Next is ujian darah tadi. Yang ni tak adil, Bustop kene cucuk sekali, aku dua kali. Sakit tu tak la sangat, tapi sakit sikit la, sebab 1st try dia tak dapat detect jenis darah tu.. Yang 2nd baru berjaya. ALHAMDULILLAH. Kemudian, duduk la aku berseorangan kat tempat menunggu tu sorang2 sebab Bustop dah naik dulu untuk jumpa doctor. Masa turn aku lagi best, doctor perempuan. Baik dan sangat comel. Hihi. Peramah sangat. Masa ambil kadar nadi tu yg LAWAK gila, dia kata "Awak ni kenapa nervous sangat, tinggi bacaan nadi awak ni. Cuba relax sikit". Aku memang nervous bab2 ni, padahal bukan buat apa pon. Next dia try kira manual ikut kiraan biasa, itu pon sama, nadi lajuuuu~ "92, hah boleh la.." doctor cakap sambil gelak.

Memang tak normal la aku ni. Nervous gila2. Haha. Best checkup sini, semua dia buat. Urine test, X-ray, body checkup full dari atas sampai bawah. Hahaha. No worries la, kalau ada sakit confirm terus dapat detect. :) Puas hati la checkup kat sini. RM65 for full checkup. Harga pon boleh tahan dengan service dan suasana yang sangat comfortable. Panggil nama kuat tetapi jelas, siap ade screen tv yang paparkan nama2 pesakit yang tengah tunggu turn lagi tau. Class kau jahh, klinik kau hadooo? Haha.

Our next destinasion is BSN, nasib baik dekat tepi jalan, so dapat la park kereta sekejap, then lari laju2 beli no pin PTPTN. Nasib baik lagi sebab tak ramai sangat. Fuhh, terbanglah lagi RM5. Next pergi sarapan, sebab perut dah kebulur tak makan dari pagi.. Terus makan tengah hari. Ikan asam pedas. Perghhh~ berpeluh Dek Non dan Bustop makan. Makan dekat situ sedap, tapi selalu ramai orang. Hari ni tak ramai sangat sebab pergi waktu orang tengah kerja. So, selamat sikit. Lepas makan jalan kaki sikit pergi Bank Islam untuk buat akaun SSPN. Minimum jumlah buka akaun RM20. Siap isi borang, sempat date kejap dengan abang yang kat kaunter tu, baru kerja kot, asyik tanya akak sebelah je, nasib baik peramah. Hehe. Alhamdulillah, Bustop dapat buat akaun dan bayar yuran sekali. Senang, tak payah pergi banyak2 tempat. Hah, lepas tu jalan kaki lagi sikit pergi pejabat pos. Masuk2 tengok ramai orang lagi. Nak nges kalau tunggu, nasib baik nak beli setem hasil je, Harga satu RM10, aku beli dua sebab nak tampal kat contract PTPTN nanti. Senang beli terus, tak de la nanti baru nak terhegeh2 cari.

Dah settle pasal persiapan tu semua, it's time to ENJOY!!!!! Bustop ajak pergi BPMall tengok wayang. Orang ni baru dapat onkosss (tau tak ape?) Tak tahu pergi check google ke mane2 ke. Hahaha. Dia belanja Dek Non wayang. *happy nak mamp-s* Haha Cerita yang kami tengok, VAMPIRE Academy. Totally falling in love bila tengok cerita omputih ni sebab pelakon dia nampak sangat ............!!! (speechless) Haha.
Penat dah berceloteh, Dek Non nak tidur~ Okay bye.

Friday, February 7, 2014

Cameron Highlands puleeee~

Yahoooooooo~ Kali kedua menjejakkan kaki setelah berapa belas tahun yang lalu. I'm at Cameron Highlands yoooo. Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai. (betul ke ejaan tu?Bedallll la.) Hari2 cuti macam ni, memang cari nahas pergi ketempat yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong luar mahupun dalam. Sebab apa? Hanya satu sebab iaitu KESESAKAN LALU LINTAS la deiiiiii!! Seriously menapak jugak la nak naik ke atas sampai ke Tanah Rata. Ia telah menyebabkan break kereta abang aku berbau hangusssss sebab asyik tekan break je, dah la cuaca boleh tahan panas terik. Alhamdulillah, udara kat atas takda la panas sangat. Hehehe, yang sedang sedang saja,.. ewahhhh..

Nak merajuk sikit la mase ni sebab, sebab, sebab ramai sangat orang la!!! Tak dapat nak shopping apa2 untuk bawak balik rumah, bak kata orang beli ole-ole gitu. Sedey!!! TT.TT erm, xpela.. xada rezeki.. nak buat macam mana ye dokkk.. dek non tak kesah sangat la.. huhu.. lain kali pergi la ehh.. hehe

Nak pappp pappp sikit gambar kat tea Cameron valley ni... Udara sejuk plus pemandangan yang sangat cantik. Love the scenery so much!!! Bayangkan korang dapat minum secawan tea original kat sini sambil makan cheese cake. Yummyyyy, itu yang aku buat sebenarnya. Hihihihi.

Hoo Hoo Holiday~~~ Perak aku datang!!!

Ngeeh Ngehhh~ (gelak dengki nama dia) Hii, akhir bulan 1 aku tamatkan dengan berjalan2 di Perak. Yahoooo, setelah beberapa bulan cuti akhirnya berjalan jua diriku ini. Selama lebih kurang 5 hari aku stay kat rumah abang aku di Markas Briged Utara pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta. 



Mula2 memang rasa pelik duduk dalam kawasan penuh dengan bangunan biru putih (acah2 dlam penjara gitu) sebab bangunan dekat2. Haaaa, jakun aku ni memang la. Orang kampung, masuk hutan.. ehhh, hahaha. Bukan nak kutuk tempat ni la, just nak cerita experience aku tengok abang2 dan akak2 yang dilatih masa latihan polis tu.


Pagi2 dah dengan diaorang berkawad sana sini. Kiri! Kanan! Kiri! Kanan! Lain pula cerita yang berbaris lepas tu lari sambil pegang senjata sebab ada latihan menembak kat belakang. Prrrfffttttt! Salute la kat abang dan kakak aku yang berjaya melepasi halangan2 masa training polis tu. Mama suruh aku masuk polis juga lepas habis belajar. "I'M SORRY MOM!" Cerita dia, masa berkawad dekat dalam kampus pun dan boleh hilang sabar, lagilah pula nak aku training polis. Kalau rezeki dekat situ jugak, terpaksa la.. Tapi xnak laaaaa~ TT.TT. Dapat jodoh polis tak ape (ehhhhh, sempat je) hahaha. :P okay stopppppp!!!!


Nak cerita pasal, satu makanan best kat Ipoh ni.. Mee Udang la bhaiiii. Nasi ganja semua tu sorry la xsempat nak pergi merasa. Ouhhh, ruginya aku. Lain kali la ehh.. haha.. Abang aku bawa pergi satu kedai, kat mane? Entah la weyh.. aku follow je. Hikhik, serious xrugi merasa makanan ditempat orang. Sedapppp~ Udang banyak x? Okay banyak la jugak. Baru order Mee Udang yang biase, udang ade 5-6 ekor. Bayangkan Mee Udang Tsunami yang ada dalam menu list dia tu. Entah ade berapa ekor pulak ye??? Fuhh, berpeluh dek non makan.. Sodap sangat, udang pun fresh!! Selain daripada ni, aku suka gila cempedak goreng dia. Tak cukup makan kat kedai, aku minta Mama tapau bawak balik. Hahaha. (Lepas makan mee udang tu, esoknya dek non selesama. Cerita dia, sebab aku ni alahan seafood!) ;D
Papppp Pappp, Share gambar sikit. Nampak sedap x?? Hhehee


Okay! Stop kat sini. Okay papai!!!!

I'm Back!!!

Assalammualaikum, helloo everybody. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan masih bernafas dibumi yang sangat indah ini. Finally, semangat nak tulis lebih banyak coretan di blog telah kembali. I'm happy for myself. Hahahahahahahahahahhah! *exited terlebih* Okay2 stop till now. Nanti nak sambung cerita lain pula. Hepppppp, lupa nak wish!!! walaupon dah bulan 2, HAPPY NEW YEAR guys!! Love you. ok bye! ;)

Friday, August 9, 2013

Hari Raya 2013

Assalammualaikum, Saya Nur Hazirah ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai selama perkenalan kita saya pernah melakukan perkara yang telah menyebabkan anda terasa hati, termarah, terpukul, terkara apa yang tidak perlu. Maafkan kesilapan saya dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan dan minum yang pernah anda berikan pada saya. Halalkan segala hutang2 yang pernah saya ambil dari anda sama ada sedar atau tidak. Kalau ada yang saya hutang boleh claim lepas raya ye. Hihi.. Raya raya juga, jangan main mercun tau.. hilang tangan nnti susah pulak.. bahaya..

Hurm, hari raya tahun nie tanpa kakak dan family dia. So, xadalah anak sedare.. boring jugak.. kakak pown mesti sedey terpaksa raya kat balai sbb bertugas.. xpela kak, raya kedua balik jugak, hihi.. so dpt la jugak tgk muka anak sedare yg chomelll nie.. rindu diaorng sangt2.. nak gigt2 jek.. :D

okay, papai.. nak tido ni... Esok nak g beraya lagi.. wheeee~ ;)

Saturday, May 4, 2013

Bulan Syaban semakin hampir.

Assalammualaikum semua. Di sini aku nak kongsikan dan bercerita sikit mengenai bulan Syaban yang semakin hampir.
Bersama-sama la kita berusaha meningkatkan amalan sebelum catitan kita ditutup. Insya-Allah dngn cara berkongsikan cerita ini sahaja kita dapat pahala dari Allah. Selamat beramal. :D

Thursday, May 2, 2013

Bersawang....

Assalammualaikum, hai hello... ape khabar? Lame gile xupdate blog.. sesungguhnya aku teramatlah busy..
Semester 4 sebagai pelajar DIIM amatlah ................ ape ye??? haa, xkesahlah.. yang penting teramat busy rasanye. Bak kate budak2 skarang, "Aku busy mengalahkan PM" cehh.. :D

and final exam untk sem nie pown dah lepas.. fuhhh~ lege rasenyer..

Skrang tinggal tunggu exam result jek.. erm, actually lagi beberape hari jek nie.. NERVOUS derr.. 

Aku ucapkan selamat maju jaya kepada abang2 n kakak yang dah habis diploma tuh.. Congrats. :D
Kepada rakan2 aku pulak.. same2 la kite teruskan perjuangan utk abiskan diploma nie. :)
K, sampai disini jek untk kali nie. Bye.