Monday, February 17, 2014

Persiapan Oh Persiapan

Asslammualaikum kawan2, para pembaca yang ku hormati sekalian. Alhamdulillah kerana pada hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Okay cukup mukadimah kali ni, Dek Non nak bercerita mengenai persiapan mengharungi kehidupan bahagia dimasa hadapan. Heppppp~ fikiran tak payah jauh2 okay, Dek Non nak pergi belajar je pon! Haha.

Okay-okay nak start cerita la ni... Bangun pagi tadi seawal yang mungkin untuk bersiap pergi ke Klinik, nak buat Medical Checkup. Tempat pertama yang dituju ialah rumah Bustop (Atikah), Why Bustop? Cikgu Prabaga yang bagi.. (Dari zaman2 sekola dulu lekat uolss smpai sekarang) Hehe. Next, kiteorang gerak pergi Klinik Nur, Jalan Rugayah, Batu Pahat. Masuk2 klinik jek aku dengan member dah tercengang!! Sebab ape? Sebab ramai patient nokksss. Tanpa fikir panjang, terus je duduk kat kaunter pertanyaan untuk register semua tu.. Masa daftar sempat tanya, "Sis, kalau nak check jenis darah apa sekali boleh?" Dengan senyuman manis sis tu jawab la "Bolej je, tapi kene tambah RM15, boleh?". Dengan laju je jawab "Okay!" Hehe. Mane taknya dah 21 tahun hidup aku still tak tahu aku ni jenis darah apa. Ngeee~

First thing kena buat ialah X-ray. Ni hamba malu sikit nak cerita. >,< Lemah betul bab2 kena X-ray ni. Kenapa? Sebab juru X-ray dia LELAKI. Malu dan kurang selesa disitu. Hurm.. Hentam saja la labu. Next is ujian darah tadi. Yang ni tak adil, Bustop kene cucuk sekali, aku dua kali. Sakit tu tak la sangat, tapi sakit sikit la, sebab 1st try dia tak dapat detect jenis darah tu.. Yang 2nd baru berjaya. ALHAMDULILLAH. Kemudian, duduk la aku berseorangan kat tempat menunggu tu sorang2 sebab Bustop dah naik dulu untuk jumpa doctor. Masa turn aku lagi best, doctor perempuan. Baik dan sangat comel. Hihi. Peramah sangat. Masa ambil kadar nadi tu yg LAWAK gila, dia kata "Awak ni kenapa nervous sangat, tinggi bacaan nadi awak ni. Cuba relax sikit". Aku memang nervous bab2 ni, padahal bukan buat apa pon. Next dia try kira manual ikut kiraan biasa, itu pon sama, nadi lajuuuu~ "92, hah boleh la.." doctor cakap sambil gelak.

Memang tak normal la aku ni. Nervous gila2. Haha. Best checkup sini, semua dia buat. Urine test, X-ray, body checkup full dari atas sampai bawah. Hahaha. No worries la, kalau ada sakit confirm terus dapat detect. :) Puas hati la checkup kat sini. RM65 for full checkup. Harga pon boleh tahan dengan service dan suasana yang sangat comfortable. Panggil nama kuat tetapi jelas, siap ade screen tv yang paparkan nama2 pesakit yang tengah tunggu turn lagi tau. Class kau jahh, klinik kau hadooo? Haha.

Our next destinasion is BSN, nasib baik dekat tepi jalan, so dapat la park kereta sekejap, then lari laju2 beli no pin PTPTN. Nasib baik lagi sebab tak ramai sangat. Fuhh, terbanglah lagi RM5. Next pergi sarapan, sebab perut dah kebulur tak makan dari pagi.. Terus makan tengah hari. Ikan asam pedas. Perghhh~ berpeluh Dek Non dan Bustop makan. Makan dekat situ sedap, tapi selalu ramai orang. Hari ni tak ramai sangat sebab pergi waktu orang tengah kerja. So, selamat sikit. Lepas makan jalan kaki sikit pergi Bank Islam untuk buat akaun SSPN. Minimum jumlah buka akaun RM20. Siap isi borang, sempat date kejap dengan abang yang kat kaunter tu, baru kerja kot, asyik tanya akak sebelah je, nasib baik peramah. Hehe. Alhamdulillah, Bustop dapat buat akaun dan bayar yuran sekali. Senang, tak payah pergi banyak2 tempat. Hah, lepas tu jalan kaki lagi sikit pergi pejabat pos. Masuk2 tengok ramai orang lagi. Nak nges kalau tunggu, nasib baik nak beli setem hasil je, Harga satu RM10, aku beli dua sebab nak tampal kat contract PTPTN nanti. Senang beli terus, tak de la nanti baru nak terhegeh2 cari.

Dah settle pasal persiapan tu semua, it's time to ENJOY!!!!! Bustop ajak pergi BPMall tengok wayang. Orang ni baru dapat onkosss (tau tak ape?) Tak tahu pergi check google ke mane2 ke. Hahaha. Dia belanja Dek Non wayang. *happy nak mamp-s* Haha Cerita yang kami tengok, VAMPIRE Academy. Totally falling in love bila tengok cerita omputih ni sebab pelakon dia nampak sangat ............!!! (speechless) Haha.
Penat dah berceloteh, Dek Non nak tidur~ Okay bye.

No comments: